MENGAPA MELABUR DALAM EMAS??

DATIN MAZNAH MAN : PRIORITY DEALER PUBLIC GOLD

DEALER PUBLIC GOLD INTRODUCER CODE : PG00399078 HP: +60122120234

Hubungi Datin Maznah melalui media sosial:

https://linktr.ee/maznahman

 

Halaman ini akan menerangkan pentingnya untuk melabur di dalam emas berbanding dengan pelaburan menggunakan wang kertas. Admin akan merujuk kepada penulisan dari sumber-sumber media sosial. 

 

Ramai orang tanya saya, kenapa perlu simpan emas?

Saya tanya semula, kenapa simpan duit? Apa beza simpan duit dengan simpan emas?

 

PERLU SIMPAN EMAS?

1. Kebocoran wang.

Soalan cepu emas untuk kita semua. Duit senang habis ke senang simpan?

Saya rasa semua orang sama, baik yang berpendapatan besar, mahupun kecil. Kalau duit tunai, memang cepat habis dibelanjakan. Mengalir macam air paip.


Kebanyakan orang setiap kali dapat gaji atau terima duit, biasanya akan berbelanja dulu kemudian baki tu baru simpan. Akhirnya yang mampu simpan mungkin duit syiling sahaja! Itupun kalau ada.

Sebaliknya, duit yang ditukar kepada aset seperti emas akan terselamat dari dibelanjakan dan dihabiskan. Bila dah berjaya tukar kepada aset fizikal emas, kita berjaya menyimpan dalam bentuk yang lebih sukar dibelanjakan.

2. Emas Kalis Inflasi & Mengekalkan Kuasa Beli Dalam Jangka Masa Panjang

Dalam banyak buku-buku kewangan tulisan mentor-mentor, emas sering disebut sebagai aset kewangan yang kalis inflasi. Dan dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka masa yang panjang.

Kuasa beli dan inflasi, memegang nilai dalam jangka masa panjang? Saya cuba terangkan dalam analogi yang mudah.

Cuba perhatikan gambar di bawah :

Enam tahun yang lepas (tahun 2011), saya telah membeli dua ekor kambing untuk tujuan aqiqah anak lelaki saya yang kedua. Namanya Altamis Hani Harris. Pada masa itu harga seekor kambing sekitar RM600 ke RM650. Saya bayar guna dua keping Dinar emas.

Agak-agak tahun 2020, dapat tak seekor kambing dapat dibeli dengan 1 dinar? Insya Allah dapat. Sebagai muslim, kita mesti yakin hadis sahih itu valid sehingga ke hari kiamat.

 

 

 

 

 

 

Kuasa beli duit ringgit sifatnya semakin melemah. Berbeza dengan emas, kuasa beli makin tinggi.

Kuasa beli dengan duit dengan emas tidak sama, penyimpan duit kertas tak akan lagi mampu beli kambing pada harga yang sama sebab INFLASI atau kuasa beli sudah jatuh. Sebaliknya, bagi orang yang menyimpan satu dinar emas, masih lagi mampu membeli kambing dengan harga yang sama walaupun selepas sepuluh tahun!

Terbuktilah, emas ialah aset kewangan yang KALIS INFLASI.

3. Emas Medium Pelaburan Jangka Panjang Terbaik

Bagi saya, untuk pelaburan jangka masa panjang, emas adalah pelaburan yang terbaik. Berbaloikah kita simpan duit tapi dalam masa panjang, duit simpanan kita dimamah inflasi (kuasa beli) dan kejatuhan nilai matawang RM?

Dari segi nilai pelaburan jangka panjang, kelebihan aset fizikal emas mengatasi aset dan intrumen kewangan yang lain sebab emas tidak akan jatuh menjadi nilai KOSONG.

 

Cuba bayangkan aset kewangan lain, jika berlaku ketidakstabilan ekonomi dan politik, nilai hartanah di tempat tersebut pun akan jatuh dan tiada siapa nak beli! Exit plan yang sangat-sangat mencabar. Walaupun orang beli hartanah anda dengan tunai, ambik masa sekurang-kurangnya empat bulan untuk settle.

Gambar : Dalam kita tidak sedar, sebenarnya kejatuhan nilai matawang (CURRENCY LOSS) sudah lama berlaku.

4. Emas ~ Simpanan & Pelaburan Yang Rasional

Emas juga satu bentuk pelaburan yang rasional dan menenangkan. Untuk memulakan simpanan emas, tidak perlu modal yang besar cuma RM100 dan tak perlu ada proses jual beli atau dokumentasi, lawyer fee seperti kita beli aset hartanah.

Kalau dulu hanya kaum wanita sahaja yang boleh simpan emas, tetapi sekarang dengan kemudahan yang disediakan oleh syarikat seperti Public Gold, semua orang boleh menyimpan emas. Dulu terpaksa kumpul duit untuk beli rantai dan cincin, sekarang hanya serendah RM100 sahaja dah boleh mula menyimpan emas.

Emas yang dikumpul bermaksud kekayaan yang kita miliki menjadi aset fizikal yang boleh dipegang, dipeluk, dimiliki, dikumpul (collector) dan sangat mudah alih (mobile). Kalau ada kecemasan, aset emas sangat mudah dicairkan kepada tunai dengan jual balik atau pajak, terus dapat cash. Jadi dapat elak dari buat pinjaman atau guna kad kredit yang ada kadar faedah yang tinggi.

Intrumen pelaburan yang baik memiliki kriteria seperti ini :

  • Nilai jangka panjang terjamin
  • Mudah dicairkan kepada tunai
  • Kekayaan di tangan kita
  • Ia aset mudah alih – mobile
  • Menutup nafsu berbelanja (kekayaan bertahan lama)
  • Aset fizikal mampu milik

5. Emas – Aset/Alat Kewangan Mudah Alih

Dalam majalah bisnes The Times, seorang pakar kewangan menyebut jika kita melabur dalam intrumen pelaburan kewangan di bank, apa yang berlaku sebenarnya ialah:

“Kita meletakkan kekayaan kita dalam poket orang lain dan menunggu satu tempoh masa. Bila sudah sampai masanya, kita akan ambil balik bersama pulangan yang dijanjikan. Dalam tempoh masa tersebut, kekayaan itu bukan jadi milik kita sepenuhnya.”

Berbeza dengan pelaburan emas, setelah kita menukarkan duit kepada emas, kekayaan itu masih sepenuhnya milik kita.

Kalau kita melabur dalam hartanah dan rumah, proses dokumentasi jual beli yang panjang boleh makan sehingga 6 – 9 bulan untuk diselesaikan.

Belum lagi kira kos guaman dan kos penyelenggaraan rumah. Malah aset hartanah dan rumah tidak boleh di alih. Cuba kalau kita terlepas bayar cukai rumah 2,3 kali haa  baru kita tahu siapa empunya sebenar hartanah tersebut.

Sebaliknya emas, kalau kita berpindah dari satu satu tempat ke tempat yang lain, aset emas boleh dibawa dengan mudah.

Jika berlaku keadaan yang tidak baik seperti pergolakan politik seperti perang, kita masih boleh membawa bersama emas tersebut ke mana sahaja tanpa perlu risau risiko kejatuhan nilai.

Pelarian Vietnam sebagai contoh dalam Perang Vietnam, melarikan diri bersama aset emas. Mereka kemudian memulakan hidup baru dengan modal emas di negara orang. Sebab matawang negara yang bergolak pasti tidak laku lagi.

6. Emas Magnet Kekayaan

Bila kita miliki duit kertas, psikologi terus fikir nak beli apa. Sebaliknya kalau miliki emas, psikologi manusia akan SAYANG dan terus rasa nak SIMPAN. Sebenarnya, menjadi fitrah manusia sukakan emas sebagaimana dalil dalam Al-Quran, Surah Ali Imran Ayat ke 14 .

Apabila sudah jadi tabiat menyimpan emas, baik dalam bentuk barang kemas mahupun jongkong pelaburan, automatik perasaan suka kumpul dan sayang akan terbit. Dari 1 gram bertambah lagi jadi 2 gram, dari sedikit semakin lama semakin bertambah.

Sudahnya, koleksi akan terus bertambah dan nilai kekayaan meningkat. Tak hairanlah bila ramai mentor-mentor kewangan sebut EMAS MAGNET KEKAYAAN.

Compliment:

  • Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta

Mengapa Beli Emas?

 

Sumber: https://www.bullionbypost.eu/info/how-to-buy-gold/why-buy-gold/

 

Selama berabad-abad pelabur yang bijak menyedari betapa pentingnya emas sebagai  portfolio yang seimbang. Selain menawarkan kepelbagaian kekayaan, emas adalah aset selamat bagi para pelabur. Ianya menawarkan pelaburan yang dijamin dan memberi perlindungan terbaik di dalam keadaan ekonomi kini yang tak menentu.

 

Sejarah menggambarkan bahawa emas adalah aset abadi, tidak hanya terbukti berjaya memelihara nilai, tetapi harga emas dan permintaan rekod yang tinggi telah memastikan ianya mengatasi kebanyakan bentuk pelaburan lain.

 

Menurut Majlis Emas Dunia (World Gold Council), pembelian emas berada pada tahap tertinggi selama 50 tahun pada tahun 2018.

 

Emas mengekalkan prestasi cemerlang  sehingga memecah rekod harga berbanding matawang utama  seperti Pound UK, Euro, Yuan dan Franc Swiss.   

 

Permintaan pelabur untuk emas di seluruh dunia meningkat dengan purata sebanyak 4% tahun lalu. Sebagai contoh, walaupun ekonomi China semakin perlahan, menurun kerana tekanan eksport ke Amerika Syarikat, permintaan emas untuk China kekal berbanding tahun-tahun sebelumnya, sementara permintaan di negara-negara lain seperti UK dan Asia Tenggara berkembang sehingga 12%.

 

Sepanjang tahun 2019, harga emas terus meningkat - naik USD99 bagi satu ounce dalam enam bulan terakhir.

 

Permintaan tinggi dan minat pelabur terhadap syarikat perlombongan emas adalah kuat, dengan penggabungan beberapa syarikat pengeluar emas besar yang sedang berlaku, ramalan harga emas tahunan akan terus memperoleh keuntungan yang stabil apabila permintaan pelabur meningkat. Permintaan komoditi ini berdasarkan ekonomi yang perlahan dan perdagangan yang terhad, dengan simpanan emas dunia yang terhad, menjadikannya satu aset yang diinginkan untuk mempelbagaikan portfolio dan meminimakan risiko pelaburan.   

 

Dengan ekonomi dunia yang merudum pada ketika ini, di samping prestasi ekonomi negara-negara Eropah yang tidak menentu, di tambah dengan perang perdagangan Amerika Syarikat dengan China yang sedang berlangsung,  adakah  ketika ini masa yang sesuai untuk melabur dalam emas fizikal??

 

“Apa aku perlu tahu sebelum mula beli emas untuk simpanan?”


“Public Gold ada kaitan dengan Public Bank?”

Di sini saya akan berkongsi soalan-soalan lazim untuk menjawab kerisauan individu yang baru ingin mula beli emas sebagai pelindung harta dan mengelak kebocoran wang ringgit. Soal jawab mengenai emas public gold ini adalah dari himpunan soalan dari pengalaman sendiri yang sering di tanya oleh pelabur emas sebelum membeli emas jenama Public gold.

 

Antara soalan-soalan lazim mengenai emas public gold yang selalu ditanya adalah seperti berikut :

Apakah Public Gold dan kaitannya dengan Public Bank ?

Public Gold tiada kena mengena dengan Public Bank atau mana-mana bank. Public gold adalah syarikat pelaburan emas fizikal pertama di Malaysia yang mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Public Gold adalah syarikat tempatan pertama yang mempunyai kilang emas sendiri dan mengeluarkan sendiri emas dan perak bersijil ketulenan yang disahkan oleh “Certified Assayer” dan dijual pada harga pasaran antarabangsa 24 sehari.

Produk yang dikeluarkan dan dijual oleh public gold terdiri daripada jongkong emas ( gold bar ), emas dinar, jongkong perak, dirham dan barangan kemas.

The Grand Opening of Public Gold Corporate Office at Bayan Lepas, Penang officially launched by Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah on 15th March 2012

 

Apakah emas yang terbaik untuk di beli?

Jenis emas yang terbaik untuk di beli ialah jenis emas yang mempunyai berat dan susut nilai yang rendah. Sebagai contoh jika ditanya beli 100 gram emas sekeping atau 10 gram sebanyak 10 keping?

Saya akan jawab 100 gram emas lebih bagus kerana dua sebab:

  1. Harga per gram lebih murah
  2. Susut nilai lebih kecil.

Kenapa harga emas Public Gold jauh lebih murah?

Salah satu sebab kenapa saya pilih item emas keluaran Public Gold untuk simpanan dan pelaburan ialah kerana harga emas Public Gold lebih murah kalau nak banding dengan harga di kedai-kedai emas biasa.

Bahkan, harga Public Gold pun lagi murah dari harga ahli sesetengah syarikat emas. Sedangkan jadi ahli Public Gold ni percuma je. Kalau tak percaya, cubalah jalan-jalan survey harga di kedai emas. Survey jugak harga-harga di internet. Kemudian bandingkan dengan harga Public Gold.

Keuntungan tu terasa bila kita pilih emas yang harganya lebih murah, sebab lagi banyak emas kita boleh beli dan simpan dengan bajet yang sama.

Nota: Harga emas Public Gold dikemaskini setiap 20 minit ikut pergerakan semasa harga emas dunia.

Dimana nak jual Emas Public Gold? Kedai terima tak?

Secara asas emas public gold mempunyai kredibiliti tinggi dengan pengiktirafan LBMA dan ianya laku dijual di mana-mana negara di dunia.

Boleh je kalau nak jual di kedai emas. Namun untuk mendapat keuntungan yang lebih, emas hendaklah di jual pada syarikat yang sama untuk mengelakkan potongan harga atau susut nilai tertentu.

Contohnya, emas di kedai-kedai emas  membeli emas Public Gold dengan susut nilai lebih dari 20% dari harga semasa. Malahan, barang kemas yang dibeli dari kedai sama tempat beli pun tolak lebih dari 30% dari harga semasa.

Jadi tindakan bijak menyimpan atau melabur emas adalah membeli emas dari syarikat emas yang besar dan kukuh seperti Public gold untuk menjual pada syarikat yang sama untuk mengelak kerugian akibat potongan harga atau susut nilai.

Kredibiliti Public Gold, boleh percaya ke?

Bagaimana cara sahkan ketulenan emas Public Gold ?

Ketulenan emas Public Gold disahkan melalui certificate atau sijil yang disertakan bersama setiap produk emas. Di setiap cawangan public gold telah di sediakan alat penguji ketulenan emas.

Emas di attach sekali dengan sijil ketulenan emas.

Public gold di tubuhkan pada tahun 2008 dan telah mempunyai lebih 600,000 pelanggan dan membuktikan bahawa emas public gold sememangnya berkelas tinggi.

Di mana mahu simpan emas yang di beli ?

Emas yang di beli dalam kuantiti yang kecil boleh di simpan sendiri di mana-mana kerana emas adalah kecil dan mudah di sorok. Dengan Public Gold, jika risau tentang keselamatan anda boleh gunakan akaun emas GAP dan yuran simpanan adalah percuma.

Jika nak simpan sendiri emas tu, saya cadangkan anda sewa Safe Deposit Box yang ditawarkan oleh bank-bank atau syarikat safe deposit box.

Bagaimana jika syarikat Public Gold ditutup masa akan datang?

Di Public Gold, emas itu akan diserahkan dan berada di tangan anda. Konsep sebijik seperti kedai emas, beli emas dapat emas. Emas adalah emas dan sentiasa bernilai, jika syarikat Public Gold ditutup, anda boleh menjual emas public gold di mana sahaja kerana emas laku seluruh dunia.

Yang berisiko tinggi adalah kalau beli emas tapi anda dijanjikan dapat pulangan tetap bulanan. Inilah SCAM!

Emas Public Gold diterima gadaian di Ar-rahnu ?

Baca disini: Pengalaman peribadi di Ar-Rahnu

Apakah kelebihan apabila menjadi pengedar emas public gold ?

Banyak kebaikan, kelebihan serta peluang menjana pendapatan dengan menjadi pengedar emas atau dealer public gold.  

Bagaimana cara mudah membeli emas, menjadi customer atau menjadi dealer Public Gold ?

Tahniah, selangkah dah nak mula portfolio simpanan emas. Sebelum tu boleh berikan 3 maklumat dibawah ini:

1. Nama
2. Tujuan simpan emas, berapa gram matlamat.
3. Bajet

Mudah sikit saya bagi cadangan produk apa yang sesuai. Dan saya akan berikan bacaan 5 minit untuk faham apa produk Public Gold yang sesuai dengan matlamat anda. 

Daftar sebagai Pelanggan Public Gold dan saya berikan anda pdf cara pembelian emas dan perak. Klik link dibawah:

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00399078

 

Kredit kepada:

Hafizul Hakim Bin Haji Mohamad Kerta

Wang Kertas (Fiat Money) VS Emas

Rujukan: https://www.sunshineprofits.com/gold-silver/dictionary/gold-fiat-money/

 

Wang kertas (Fiat Money) adalah mata wang yang telah dinyatakan oleh pemerintah sebagai tender sah, tetapi tidak disokong oleh komoditi fizikal. Istilah ini berasal dari bahasa Latin, Fiat ("itu harus" atau "biarkan dilakukan") kerana wang fiat tidak muncul secara spontan di pasar bebas, tetapi ditetapkan oleh peraturan atau undang-undang pemerintah. Berbeza dengan wang komoditi, yang merupakan wang yang pada masa yang sama merupakan komoditi komersial, wang fiat adalah tuntutan hukum, yang memperoleh semua sifatnya dari undang-undang. Ia bukan komoditi komersil, atau hak untuk komoditi tersebut, jadi wang kertas tidak dapat ditebus tanpa nilai intrinsik.

 

Wang Fiat dan Emas

Dari segi sejarah, kebanyakan mata wang didasarkan pada komoditi fizikal seperti emas atau perak. Namun, pemerintah tidak dapat meningkatkan bekalan logam berharga sesuka hati, sehingga mereka secara bertahap memperkenalkan wang fiat. Pada tahun 1971, perjanjian Bretton Woods runtuh dan penukaran dolar A.S. kepada emas dibatalkan. Sejak itu, kita hidup dalam sistem monetari berdasarkan wang fiat dengan kadar pertukaran yang bebas. Oleh kerana wang fiat dapat dicetak secara teori tanpa batasan, dan kerana nilainya hanya berdasarkan kepercayaan, wang fiat dapat kehilangan nilainya. Risiko inflasi atau bahkan hiperinflasi (seperti di Jerman pada tahun 1920-an) yang berkaitan dengan wang fiat adalah salah satu sebab mengapa emas dianggap sebagai aset selamat. Oleh kerana bekalannya terhad dan tidak dapat ditingkatkan dengan kehendak politik, emas diyakini sebagai simpanan bernilai.

Dengan kata lain, sistem kewangan semasa berdasarkan wang fiat, kadar pertukaran bebas dan perbankan simpanan pecahan tidak stabil, yang mewujudkan permintaan untuk aset selamat,seperti emas.

 

Sejak berzaman, emas adalah menjadi matawang selama ribuan tahun, sedangkan wang fiat hanya ada sejak tahun 1971. Oleh itu, apabila kepercayaan terhadap wang kertas (terutama dalam dolar A.S.) mereda,   harga emas meningkat. Berbeza dengan mata wang kertas, emas adalah komoditi sebenar yang tidak dapat dicetak dan mempunyai nilai penggunaan tertentu, yang menetapkan dasar untuk harganya - ini menjelaskan mengapa terdapat permintaan pada masa ketidakpercayaan dalam sistem dolar A.S. Kita boleh menganggap emas sebagai insurans atau sandaran sekiranya berlaku kejatuhan ekonomi wang fiat dengan dolar AS sebagai mata wang rizab dunia.


Hakikat Sebenar Disebalik Teori 1 Dinar Seekor Kambing

 

by  on FEBRUARY 28, 2017

Sumber: https://www.mohdzulkifli.com/2017/02/hakikat-sebenar-disebalik-teori-1-dinar-seekor-kambing.html

 

Sejak 1971, harga emas sudah naik sebanyak 3,300%, iaitu dari USD35/oz kepada USD1,200/oz. Itu kadar kenaikan harga emas untuk tempoh 46 tahun. Walaupun begitu, 1 dinar emas (seberat 4.25 gram) hanya mampu beli 1 ekor kambing sejak 1,400 tahun dulu sampai sekarang. Ia tak mampu beli 33 ekor kambing walaupun harga emas telah naik 33 kali ganda daripada harga asalnya pada 1971.

Sebaliknya, tahun 1980-an dahulu, harga seekor kambing dewasa di Malaysia sekitar RM50, tetapi hari ini harganya sekitar RM800 baru boleh dapat kambing sebegitu. RM50 sudah tidak mampu membeli seekor kambing lagi…

 

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

 

Berdasarkan penelitian saya, ini yang boleh saya simpulkan disebalik ´teori´ 1 dinar seekor kambing ini:

#1 – Kuasa Beli Duit Kertas Merosot

Harga emas naik dalam jangka panjang disebabkan kuasa beli duit kertas yang menyusut dalam jangka panjang. Nilai barang masih sama, tetapi kita perlu bayar duit yang lebih banyak untuk dapat barang yang sama disebabkan kuasa beli duit kertas telah merosot.

Tahun 1971, kita hanya perlu bayar USD35 untuk dapat emas seberat 1 troy auns (31.1 gram), tetapi sekarang, kita perlu bayar lebih USD1,200 untuk dapat emas yang beratnya masih sama. Dari satu sudut, memang betul harga emas naik, tetapi hakikat sebenar, kuasa beli duit sebenarnya yang jatuh.

#2 – Kekayaan Kekal Bila Simpan Emas

Walaupun harga emas mencanak naik sebabnyak 3,300% sejak 1971, hakikatnya pemilik emas tak bertambah kaya. Sebaliknya, pemilik emas sekadar KEKAL kaya sahaja. Setelah berlaku kenaikan sebanyak itu, 1 dinar hanya mampu beli seekor kambing sahaja. Ia tak mampu membeli 10 ekor kambing, apatah lagi 33 ekor kambing! Kuasa beli emas 1 dinar tak bertambah disebalik kenaikan harganya.

Walaupun nombor harganya dilihat bertambah (naik), nilainya kekal pada berat dan ketulenannya sendiri. Kuasa beli 1 dinar masih kekal sejak 1,400 tahun disebabkan NISBAH 1 dinar (emas seberat 4.25 gram) dan 1 ekor kambing masih kekal sejak 1,400 dahulu.

Walaupun kambing ada banyak jenis, tetapi 1 dinar masih munasabah untuk ditukar dengan seekor kambing sejak 1400 tahun dulu hingga sekarang

#3 – Emas Mempunyai Nilai Intrinsik (Melekat)

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya, manakala nilai kambing terletak pada saiznya, jenisnya, umurnya dan sebagainya. Maksudnya, nilai emas melekat pada emas itu sendiri manakala nilai kambing melekat pada kambing itu sendiri.

Ia berbeza dengan duit kertas.

Nilai duit kertas tidak melekat pada kertasnya. Kertas itu tiada nilai sebenar. Sekeping kertas dicetak menjadikan not RM100, nilainya mungkin hanyalah 10 sen sahaja tetapi nilai yang DIPAKSA ke atas kertas itu oleh kerajaan ialah RM100. Ia “sah diperlakukan dengan nilai seratus ringgit” atas jaminan kerajaan, bukan sebab kertas itu sendiri. Maksudnya, nilai duit kertas benar-benar bergantung kepada jaminan serta kekukuhan ekonomi dan politik sesebuah kerajaan.

Nilainya juga berubah-ubah bergantung kepada; (1) supply of money, dan (2) demand of the currency. Ia tak mampu menyimpan nilai dan ia tak sesuai dijadikan simpanan untuk jangka panjang disebabkan kuasa belinya semakin menyusut, bahkan nilainya boleh hilang pada bila-bila masa sahaja jika kerajaan mahu menarik balik duit itu (sebagaimana yang berlaku di India baru-baru ini), ataupun kerajaan itu sendiri tak stabil sebagaimana negara yang sedang bergolak sekarang.

#4 – Kekayaan Duit Kertas Bersifat Maya

Disebabkan duit kertas tak mampu menyimpan nilai, maka kekayaan yang disimpan dalam bentuk duit kertas adalah bersifat maya. Makin lama disimpan, kita semakin rugi. Walaupun nombornya bertambah (hasil dividen tahunan), itu tidak bermakna kekayaan kita bertambah, bahkan dari sudut kuasa beli, kita menjadi semakin miskin. (Inilah hakikat yang ramai tak sedar)

Jadi kalau nak simpan kekayaan untuk jangka panjang, simpanlah dalam bentuk aset fizikal seperti emas, tanah dan hartanah. Aset fizikal begitu mampu mempertahankan nilainya dalam jangka panjang.

Simpanan dalam bentuk duit kertas (atau akaun di bank) hanyalah sesuai untuk dana kecemasan ataupun duit yang memang nak digunakan dalam masa terdekat (bagi mudahkan transaksi jual beli) sahaja. Ia tak sesuai dijadikan simpanan dalam erti kata sebenar.

Wallahu a´lam.

Zulkifli
Damansara Damai
28 Februari 2017
2 Jamadil Akhir 1438H


Sejarah Matawang

https://www.richdad.com/what-is-money-how-does-money-work

 

Pada tahun 1971 Presiden Richard Nixon mengubah peraturan wang. Pada tahun itu, Dolar Amerika Syarikat. tidak lagi menjadi "wang" dan menjadi "mata wang". Ini adalah salah satu perubahan terpenting dalam sejarah moden.

 

Sebelum tahun 1971, Dollar USA. adalah wang sebenar yang dikaitkan dengan emas dan perak, sebab itulah Dollar A.S. dikenali sebagai sijil perak. Selepas tahun 1971, Dollar Amerika Syarikat menjadi Nota Rizab Persekutuan - IOU (perjanjian hutang) dari kerajaan Amerika Syarikat. Daripada Dollar menjadi aset, ia berubah menjadi liabiliti. Hari ini, Amerika Syarikat adalah negara penghutang terbesar dalam sejarah disebabkan oleh perubahan ini.

 

Melihat kembali sejarah wang moden secara ringkas, mudah difahami mengapa perubahan tahun 1971 begitu penting. Selepas Perang Dunia I, sistem kewangan Jerman runtuh. Walaupun ada banyak alasan untuk ini, salah satunya adalah kerana pemerintah Jerman dibenarkan mencetak wang sesuka hati. Kebanjiran wang yang berlaku menyebabkan inflasi yang tidak terkawal.

 

Apabila inflasi meningkat, simpanan kelas menengah dihapuskan. Dengan simpanan mereka habis, kelas menengah menuntut kepemimpinan baru. Adolf Hitler dipilih sebagai Canselor Jerman pada tahun 1933 dan, seperti yang kita tahu, Perang Dunia II bermula

 

Sistem Wang Baru Pada Hari-Hari Penutupan Perang Dunia II,

 

Sistem Bretton Woods digunakan untuk menstabilkan mata wang dunia. Ini adalah standard kuasi-emas, yang bermaksud mata wang disokong oleh emas. Sistem ini berfungsi dengan baik sehingga tahun 1960-an ketika Amerika Syarikat mula mengimport Volkswagen dari Jerman dan Toyota dari Jepun.  Amerika Syarikat mengimport lebih banyak daripada yang dieksport dan aliran emas meninggalkan Amerika Syarikat dengan banyak. Untuk menghentikan kehilangan emas ke Jerman dan Jepun, Presiden Nixon mengakhiri Sistem Bretton Woods pada tahun 1971 dan Dollar Amerika Syarikat menggantikan emas sebagai mata wang dunia. Tidak pernah dalam sejarah dunia mata wang fiat satu negara menjadi wang dunia.

 

Untuk lebih memahami perkara ini, Robert Kiyosaki mentakrifkan "wang fiat: wang (sebagai wang kertas) tidak boleh ditukar menjadi duit syiling atau nilai yang setara, "Fiat: perintah atau tindakan kehendak yang mencipta sesuatu tanpa atau seolah-olah tanpa usaha lebih lanjut.

 

Persoalannya ialah? "Adakah ini bermaksud wang dapat dihasilkan dari udara yang tipis?" Jawapannya adalah, "Jerman melakukannya dan sekarang Amerika Syarikat melakukannya.  

 

Katastropi Bencana Kewangan 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Amerika Syarikat telah mencetak banyak wang secara besar besaran melalui apa yang dikenali sebagai pelonggaran kuantitatif. Ini bererti mereka menguatkan lembaran imbangan Fed dengan membeli Perbendaharaan Amerika Syarikat agar kadar faedah tetap rendah, dengan harapan dapat memacu ekonomi melalui kaedah tiruan ini. Sama seperti anda atau saya mencetak wang untuk melunaskan hutang kad kredit kita. 

Seperti yang dilaporkan Bloomberg, “Dari tahun 2008 hingga 2015, nilai nominal saham global aset boleh dilaburkan telah meningkat sekitar 40 persen, menjadi lebih dari $500 trilion dari lebih dari $ 350 trilion. Namun aset sebenar di sebalik angka ini sedikit berubah, mencerminkan, pada hakikatnya, sifat pelonggaran kuantitatif aset-inflasi. Kesan inflasi aset sama besarnya dengan inflasi pengguna. "

Kesan pelonggaran kuantitatif adalah untuk meningkatkan neraca orang-orang yang sudah kaya, sambil mengekalkan gaji tetap dan membuat gelembung di pasaran saham.

Ini bererti bahawa ketika pasaran saham merosot, dan ketika inflasi pengguna masuk dari pasar saham wang masuk ke tempat yang berbeza, penabung akan menjadi yang paling rugi. Mereka tidak akan mendapat keuntungan dari gelembung saham dan inflasi pengguna, yang berpotensi menjadi hiperinflasi, akan memakan simpanan mereka. Satu katastropi kewangan. 


Pelaburan Emas Pada Umur Tua

Facebook Maznahman 10 Apr 2021

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semoga semuanya sihat2 dan dalam rahmat Allah.

Kak ada nak cerita sikit. Based on true strory :- (Credit to Pn Nally)

 

Aku ni dah 50an, ada 100k cash, apa yg blh aku buat untuk dapat cash 5-6k sebulan.( Head of Dept Oil & Gas sebuah Multinational Comp ).

 

Semalam,Sembang2 dengan sorang Bos Oil & Gas Comp.

Stress kerja. Nampak sangat dari Air mukanya. Cuba cari exit plan, so dia tanya kami apa yg blh dia usaha kan.

Sahabat yg Kak kasihi.Di umur 50an, Bukan lah umur terbaik jika baru nak start Bisnes dengan modal yg besar 6 angka. Kerana kemampuan kita utk serap sebarang risiko semakin rendah. Bukan juga cara terbaik utk buat apa2 investment yg high risk jika hanya 100k itulah duit yg ada.Nak simpan emas?Boleh, never too late. Tapi Alangkah baik bermula dari waktu umur kita masih muda 20an 30an early 40s.

 

Kita selalu merasa kan... Aduhh LAMBAT LA NAK Tunggu harga naik 5-10 TAHUN. PERKATAAN LAMBAT SERING DIUCAPKAN KETIKA UMUR KITA MASIH Muda 20an 30an....Tetapi ketika umur kita 40an, 50an, kita masih Tiada apa2 jika kita tak buat apa2 ketika umur kita masih muda. Kita kurang kesedaran di kala umur kita masih muda, tenaga kita masih Kuat, masa kita masih panjang. Kita rasa, alaaa masih muda rileks la... Masa masih panjang...

Sahabat..Masa berjalan Begitu pantas.5 tahun sekejap sahaja10 tahun pun sekejap sahaja.Di saat kita kata lambat 5 tahun yg lepas, mereka yg dah mula 5 tahun lalu sudahpun ke depan atau sekurang kurang nya sudah berada di pertengahan jalan dan kita masih belum bermula dan masih sibuk mencari platform yg cepat dan pantas.

 

Platform pantas ada tak? Ada. Nak 5-6 angka return, sanggup tak risiko kehilangan 5-6 angka juga? Kalau jantung tidak Kuat, hati tidak kental, dan itu sahaja lah duit yg ada, high risk platform kurang sesuai untuk anda. Nak cuba juga tak salah. Penetrate dengan ilmu ok!

Di umur masih muda, mula sekarang. 8-10% tak berbaloi ke jika kita boleh hidup dengan tenang, tidur dengan nyenyak, makan kenyang, jantung tak berdegup kencang? Jangan tangguh utk mula menyimpan. Jom mulakan kesedaran menyimpan.Buka akaun emas di sini.

 

Rm100 sahaja SEKARANG