Simpan emas maksudnya kita simpan NILAI.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa. Dan kuasa belinya kekal sepanjang zaman. 1400 tahun dulu 1 dinar boleh beli seekor kambing. Hari ini pun masih boleh beli seekor kambing.

Tapi simpan duit dalam akaun macam Tabung Haji dan ASB tu, maksudnya kita cuma simpan NOMBOR.

Nilainya bukan pada nombor ataupun kertasnya, tapi pada jaminan kerajaan. Walaupun nombornya masih kekal, tetapi nilainya itu confirm akan semakin merosot dalam jangka panjang.

 

Savers Are Losers?

 

Itulah sebab kenapa guru kewangan Robert T. Kiyosaki mengatakan “𝙨𝙖𝙫𝙚𝙧𝙨 𝙖𝙧𝙚 𝙡𝙤𝙨𝙚𝙧𝙨”. Orang yang menyimpan (duit kertas dalam jangka panjang) adalah orang yang rugi.

Walaupun nombornya kekal, tapi nilainya semakin merosot dalam jangka panjang.

Simpanan duit di bank tak sesuai untuk jangka panjang. Ia hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, dan simpanan kecemasan berjumlah 3 bulan gaji sahaja.

Untuk jangka panjang, jangan simpan duit yang banyak di bank.

 

 

Sama-sama simpanan. Sama-sama kuning. Tetapi kedua-duanya jauh bezanya. Yang satu simpan NOMBOR, dan yang lagi satu simpan NILAI. Orang biasa simpan nombor, tapi orang kaya simpan nilai.

 

Cara Orang Kaya Simpan Kekayaan

 

Orang kaya-kaya di dunia tak simpan kekayaan mereka dalam bentuk duit yang banyak di bank.

Sebaliknya mereka menyimpan kekayaan mereka dalam bentuk harta yang boleh bertahan nilainya dalam jangka panjang, macam emas, perak, hartanah, tanah atau bisnes yang berkembang.

Jadi kalau nak kaya, tirulah cara orang kaya simpan kekayaan mereka.

Kalau bajet besar, simpanlah dalam bentuk hartanah yang boleh disewakan, atau tanah yang boleh diusahakan.

Tapi kalau bajet kecil, simpanlah dalam bentuk emas (dan perak). Kita boleh simpan sedikit-sedikit, sekecil #1gram1bulan.

Bahkan sekarang, kita boleh simpan serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP di Public Gold.

Inilah cara termudah dan termurah untuk simpan emas di Malaysia.

 

Kredit:

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang. Master Dealer Public Gold; berpengalaman membimbing lebih 6,000 penyimpan emas berdaftar di Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia.