Perbezaan nilai wang kertas (fiat money) dan emas yang wajar kita tahu.

Bila bercakap tentang duit, pantas dalam fikiran kita terbayangkan duit kertas berwarna merah, biru dan ungu. Itulah wang kertas yang rasmi digunakan di Malaysia. Dalam terma lain, wang kertas juga disebut fiat money. Namun adakah anda tahu apa itu fiat money dan apa yang mempengaruhi nilainya di pasaran? Bagaimana pula dengan emas? Apakah hebatnya logam itu sehingga nilainya sukar digugat oleh mana-mana matawang yang lain. Di sini saya akan jelaskan perbezaan nilai wang kertas (fiat money) dan emas yang wajar kita tahu:
1. Fizikal
Wang kertas dibuat daripada bahan kertas dan kapas yang diimport dari luar negara. Sudah tentu kertas dan kapas adalah daripada pokok yang ditanam atau tumbuh di hutan. Ada bahan-bahan lain seperti plastik, dakwat, benang, dan aluminium. Namun perlu dijelaskan bahawa bahan membuat wang kertas ini tidak mempengaruhi penentuan nilainya. Wang kertas RM1, RM5, RM10, RM50, dan RM100 dibuat daripada bahan yang sama tetapi nilai di pasaran jauh berbeza.

Manakalah emas pula, adalah logam semula jadi yang diambil dari perut bumi lalu dicairkan kepada bentuk jongkong, syiling, kepingan, barang hiasan, dan alat elektronik. Emas tetap dengan bentuknya (unsur logam) kerana ia wujud semula jadi dan tiada perubahan pada elemen fizikalnya. Sehinggalah tangan-tangan manusia membuat lebelnya seperti emas 24 karat, 994, 999, dan sebagainya. Ini kerana sifat emas yang agak lembut dan mudah dibentuk menyebabkan bahan seperti kuprum atau aluminium ditambah agar ia bertambah keras. Namun itu tidaklah menjejaskan nilai emas tersebut. Ertinya, semakin banyak bahan lain ditambah, semakin kurang nilainya. Sama seperti semakin kurang kandungan emas, maka semakin kurang nialainya.

2. Perbezaan Nilai Wang Kertas dan Emas
- Wang kertas nilainya ditentukan oleh kerajaan, atas kedudukan komoditi, atau keadaan ekonomi semasa atau kebergantungan dengan kekuatan wang tersebut berbanding wang asing. Manakalah emas pula nilainya bersifat berdiri sendiri dan sukar ditentukan oleh apa-apa perkara ekonomi. Emas tidak boleh dilakukan spekulasi seperti mana wang kertas. Nilainya kukuh manakalah wang kertas mudah jatuh.
- Kemampuan wang kertas boleh dinilai dengan kuasa beli semasa. Cuba bandingkan kuasa beli RM50 tahun 2000 dan kuasa beli RM50 pada tahun 2017. Jelas bukan? Hakikatnya, emas tidak begitu malah perbezaan yang sangat ketara. Hari ini nilai emas 24 keran 10 kali ganda jika dibandingkan tahun 2000.
Bagi memahami gambaran ringkas mengnai nilai wang kertas, boleh difahami dengan kedudukan nilai wang kertas ringgit Malaysia dalam 10 tahun terkebelakang. Cuba anda baca situasi seperti di bawah ini:
- Nilai wang RM100 jika disimpan di rumah selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 – RM10 inflasi iaitu RM90.
- Nilai wang RM100 jika disimpan di bank selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM3 (3% dividen) – RM10 (inflasi) iaitu RM93
- Nilai wang RM100 jika disimpan di ASB selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM8 (8% dividen) – RM10 (inflasi) iaitu RM98
- Nilai wang RM100 jika disimpan di Tabung Haji selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM6 (6% dividen) – RM10 (inflasi) iaitu RM96
- Nilai wang RM100 jika di beli emas selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM10 (10 % kadar tukaran RM ke dolar) – RM10 (inflasi) iaitu RM100 + % kenaikkan harga emas – % spread emas. Harga emas adalah kalis inflasi dimana harga emas bergantung kepada peratus tukaran wang ringgit malaysia kepada dolar amerika.
Pernyataan di atas kita dapat simpulkan bahawa perbezaan nilai wang kertas dan emas ditentukan dari segi pelbagai faktor yang juga berbeza antara kedua-duanya.
Kredit
Myeidos.com