
DANA PENDIDIKAN ANAK-ANAK
- Sejujurnya sikap saya tentang kewangan menjadi lebih serius selepas dapat tahu isteri bakal melahirkan anak pertama. Masa ini usia saya 27 tahun.
- Kami rancang persiapan bayi bermula dengan barang keperluan asas, kemudian ‘planning’ exclusive breastfeed. Sama-sama pergi ke kelas yang dianjurkan oleh pihak hospital untuk ‘guide’ bakal new parent.
- Apabila anak lahir, kurang sikit kejutan perbelanjaan tambahan sebab dah bersedia dari awal-awal. Selain itu, isteri komited untuk exclusive breastfeed, ia secara tak langsung bantu banyak penjimatan wang eg beli susu formula. Dan ianya kami gunakan untuk keperluan lain dan sebagai simpanannya.
- Selain dari keperluan bayi, kami juga terus mula menabung dana pendidikan untuk Armand seawal usia sebulan. Kami sasarkan kumpul 100 gram emas sebagai dana pendidikannya. Dan syukur Alhamdulillah ianya tercapai tahun lepas selepas kurang lebih 8 tahun mengumpul.
- Kumpul 1 gram emas sebulan melalui Akaun Emas Public Gold. (Gold Accumulation Plan)

- Formula yang sama diguna pakai untuk kedua-dua adiknya, Altamis dan Aaron. Insha Allah setiap seorang ada 100 gram emas sebagai dana pendidikan.
- Seterusnya kami akan alihkan bajet kepada SSPNi-plus. Bukan hanya dengan emas, mereka juga ada ‘coverage’ takaful sebagai perlindungan.
- Ada orang kata kami hanya simpan emas je. Sebenarnya tak ye. Permulaan dengan emas, dah cukup 100 gram simpan dalam bentuk lain pula.
Kita tak tahu kan, nasib 10-15 tahun akan datang. Ada ke tak lagi biasiswa, pinjaman pendidikan.
Hari ini kita dah persiapkan untuk kemudahan pembelajaran mereka kelak. Insha Allah.
Antara kebaikan dana simpanan dalam bentuk emas:
1. Nilai emas naik tinggi dalam jangka masa panjang.
2. Dizakatkan jika cukup syarat. Apabila zakat, rezeki jadi berkat insha Allah.
3. Yuran belajar pastinya makin tinggi setiap tahun. Kenaikan harga emas insha Allah boleh ‘cover’.
Anda yang nak buka akaun emas anak-anak boleh hubungi dan consult saya.
Catatan dan Kredit Kepada:
Haji Hafizul Hakim
Seorang bapa kepada 3 anak lelaki
06/09/2021; jam 11:10 Malam
Jom buka akaun emas anak, klik wasap.my/60122120234
Nota Hj Hafizul Hakim Bagaimana Beliau Merancang Menyimpan Emas Untuk Pendidikan Anak

Saban tahun kita bercakap tentang masa depan anak-anak. Adakah mereka berpeluang masuk ke menara gading.
- Adakah kita mampu dari segi kewangan.
- Adakah anak-anak akan dapat biasiswa.
- Atau adakah anak-anak terpaksa ambil pinjaman untuk bolehkan mereka menjejak kaki ke Universiti.
Saya sendiri ambil PTPTN ketika menyambung peringkat Ijazah. Dan ambik masa 12 tahun untuk selesaikan hutang berjumlah RM60,000.
Justeru, saya tak nak anak-anak berada dalam situasi sama. Dengan kudrat yang ada saya dan isteri sepakat menabung emas untuk dana pendidikan.

Kos belajar peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) di Malaysia
Kami letak matlamat setiap seorang ada minima 100 gram emas.
Strategi di ambil, 1 gram sebulan dengan Akaun Emas Public Gold.
Dan syukur alhamdulillah, pada usia anak pertama menjejak 10 tahun, kami berjaya kumpul jumlah minima 120 gram.
- 1 gram x 12 bulan = 12 gram setahun
- 12g x 10 tahun = 120 gram.

Plan ini mula dilaksanakan sejak Armand (anak sulung) lahir lagi. Dan diteruskan sehingga mendapat dua lagi anak lelaki.
Insha Allah cukup sebagai bekal untuk kegunaan 8 tahun lagi.
Mungkin waktu itu harga emas sudah mencecah RM300 – RM400 segram.
Sekiranya tidak digunakan untuk belajar (jika dapat biasiswa).
Emas ini nanti boleh dijadikan sebagai modal beli rumah. Lebih cantik begini.
Tapi yang paling penting, saya taknak anak berhutang sebelum dari kerja lagi.
Mudah-mudahan pelajarannya bagus, dapat biasasiswa dan menjadi anak yang berguna.
Aamin.
.
Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
5 Julai 2021